SEASON PASS

1. Siapakah yang boleh melanggan Season Pass?
Semua pelanggan XOX Mobile ((#prepaidplus, High Speed Pack, Penang #1758, United Pack, XOX XinXun plan dan ONEXOX plan*) boleh menikmati keistimewaan Season Pass.

2. Bagaimanakah cara untuk saya melanggan Season Pass?
Terdapat empat (4) cara untuk melanggan Season Pass:
1- Anda boleh membeli langganan melalui SMS dan akan dicaj menggunakan kredit masa berbual semasa. Pelanggan ONEXOX: hantar ke 22111
2- Dengan melayari http://onlinestore.xox.com.my/ dan boleh membuat pembelian melalui kad kredit atau perbankan
internet.
3- Anda boleh melanggan melalui Menu USSD ( *150# pelanggan ONEXOX) dimana anda akan dicaj melalui kredit masa panggilan semasa.
4- Anda juga boleh melanggan melalui aplikasi MyXOX.
NOTA:
Untuk pelanggan ONEXOX, pembelian pakej Season Pass akan ditolak menggunakan kredit masa berbual di akaun MA terdahulu dan diikuti akaun DA.

3. Apakah pelan Season Pass yang ditawarkan?
Terdapat 3 kategori pakej Season Pass:

4. Berapa ramaikah rakan dan keluarga yang boleh berkongsi kredit masa berbual, data dan SMS dengan saya?
Tiada had. Dengan syarat rakan dan keluarga anda adalah pelanggan XOX Prepaid, anda boleh berkongsi tanpa sebarang had atau halangan. RM 0.50 akan dikenakan pada PENGHANTAR untuk setiap perkongsian yang berjaya. Penghantaran berganda DIBENARKAN dengan satu SMS dan hanya dicaj RM 0.50 untuk setiap perkongsian yang berjaya.Sebagai contoh: Share 0103333010 D1 V50 S100 1234 (untuk berkongsi 1GB / 50 Minit / 100 SMS)
NOTA:
Untuk pelanggan ONEXOX, setiap perkongsian Season Pass akan dicaj RM 0.50 dan akan ditolak dari kredit masa berbual akaun MA dan diikuti akaun DA

5. Apakah had maksimum perkongsian?
Masa berbual: Tanpa Had
SMS: Tanpa Had
Data: 10GB

6. Berapa lamakah tempoh sah?
Tempoh sah adalah tertakluk kepada langganan pra bayar semasa.

7. Setelah saya membeli minit masa berbual dan SMS, bilakah tempoh penggunaan bermula?
Tempoh penggunaan bermula serta merta selepas panggilan atau selepas menghantar SMS (TEMPATAN SAHAJA).
NOTA:

  1. Untuk panggilan telefon ke semua rangkaian bebas tol Malaysia (1300 atau 1800) kredit masa berbual akan ditolak, bukan minit Season Pass.
  2. Panggilan IDD jugak akan ditolak seperti penggunaan normal.
  3. Untuk penghantaran SMS ke rangkaian SMS kod pendek (sebagai contoh, 66300) normal caj akan dikenakan.

8. Apakah caj blok bagi minit masa berbual bagi Season Pass?
Caj blok bagi Season Pass adalah 60 saat.

9. Setelah saya melanggan data, bilakah tempoh penggunaan bermula?
Tempoh penggunaan akan bermula selepas penggunaan data seterusnya. Sebagai contoh, apabila anda melanggan Pakej Data SP D1 (5GB) ia akan disimpan di dalam akaun XOX anda dan hanya akan ditolak sekiranya anda mula mengaktifkan data baru (mengikut langganan harian, mingguan atau bulanan). Pelanggan ONEXOX harus mengikut arahan langganan yang ditetapkan sebagai contoh DATA FAT1
NOTA: Promosi pakej data semasa tidak dibenarkan menggunakan Season Pass. Selepas anda mengaktifkan Data Promo, kredit masa berbual anda akan ditolak seperti biasa.

10. Bolehkah saya terus menggunakan Season Pass sekiranya akaun pra bayar saya telah disekat?
Anda tidak boleh menggunakan Season Pass sekiranya akaun anda disekat (sama ada minit masa berbual, SMS mahupun data).
NOTA: Sekiranya pelan data anda berterusan, anda masih lagi boleh menggunakan kuota data berkenaan walaupun akaun pra bayar anda telah disekat.

11.Bagaimana cara untuk menyemak baki Season Pass?
1. Pelanggan ONEXOX : Menu USSD (*132# @ *150*1#)

2. Melalui SMS
Pelanggan ONEXOX : Hantar SP BAL ke 22111

3. Melalui MyXOX app
Log masuk / Daftar masuk > My Account > Account / Profile

12. Bagaimana cara untuk mendapatkan kod PIN saya sekiranya saya terlupa

Pelanggan ONEXOX : Hantar PIN ke 22111

13. Bagaimana cara untuk saya dapatkan panduan pengguna sekiranya saya perlukan bantuan mengenai Season Pass?
Sila hantar HELP ke 22111 (Boleh digunakan oleh pelaggan ONEXOX)

14. Apakah Season Pass ‘Happy Hour’?
Season Pass ‘Happy Hour’ adalah promosi yang ditawarkan pada setiap hari Khamis 12pm – 4pm, walau bagaimanapun pakej mungkin berbeza mengikut promosi yang ditawarkan.

KEDAI ONEXOX

KEDAI ONEXOX
  • DYSD48384
  • 0124564994
  • 0124564994
  • 0124564994
  • Facebook

Artikel Terkini

Facebook