Akaun DA dan MA

ONEXOX menawarkan pelan yang fleksibel bagi memenuhi keperluan telekomunikasi harian anda. Selain kadar biasa yang kompetitif, kami juga menawarkan lebih penjimatan keatas kadar rendah apabila baki kredit di dalam Akaun Dedikasi digunakan. Beberapa denominasi tambah nilai yang dibuat akan dipecahkan ke Akaun Dedikasi dan Akaun Utama bagi memberi ruang penjimatan kepada anda.

Kaedah caj:
Panggilan dan SMS dikenakan pada kadar rendah daripada baki Akaun Dedikasi. Kadar biasa daripada baki Akaun Utama dikenakan setelah ketiadaan baki di dalam Akaun Dedikasi.

Mengapa perlu ada Akaun Dedikasi (DA) dan Akaun Utama (MA)?
Dengan pelan fleksi 2-dalam-1 yang unik, ONEXOX menawarkan caj kadar murah yang lebih penjimatan pada baki DA dan caj kadar biasa yang berpatutan pada baki MA.

Mekanisme caj bermula dengan penolakan pada baki DA (kadar murah) terlebih dahulu; seterusnya menolak baki MA (kadar biasa) apabila kehabisan baki DA. Baki MA juga digunakan untuk melanggan pelan internet mudah alih serta membuat pindahan kredit ke pihak lain; sila pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi sebelum meneruskan transaksi tersebut.

Anda boleh memindahkan sebahagian baki DA ke MA bagi mencukupkan amaun MA untuk melanggan pelan internet pilihan anda atau jika ingin membuat pindahan kredit ke pihak lain.
Cara memindahkan sebahagian DA ke MA (perkhidmatan ini adalah percuma):
SMS ke 22111- TRNSDA<amaun yg hendak dipindahkan>
Contoh: TRNS DA 18

Ketelusan ONEXOX mengadakan perbezaan kadar pada kedua-dua akaun tersebut adalah bertujuan untuk menawarkan kadar tetap sepanjang masa tanpa perlu membuat apa-apa promosi kadar yang berbeza-beza di masa hadapan. Berkonsepkan belian top up secara pukal, pelanggan-pelanggan ONEXOX yang membuat top up pada denominasi yang besar sekali gus akan menikmati lebih penjimatan pada baki DA. Kami mengalu-alukan agar semua pelanggan ONEXOX menggunakan ruang penjimatan ini bagi mengoptimakan perbelanjaan telekomunikasi harian anda.

KEDAI ONEXOX

KEDAI ONEXOX
  • DYSD48384
  • 0124564994
  • 0124564994
  • 0124564994
  • Facebook

Artikel Terkini

Facebook